Tuesday, 19 July 2011

PENYAKIT BUTA SEJARAH

 
nota: ini adalah latihan membuat blog semata-mata.
Rujukan: mistisfile


INI SATU LAGI PENYAKIT KRONIK ORANG MELAYU SEKARANG.....



PENYAKIT BUTA SEJARAH

Apakah kepentingan sejarah?Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan dan puan-puan semua.Apakah kepentingan sejarah kepada manusia khasnya kepada bangsa?Adakah sejarah hanya sebagai cerita-ceriti sahaja untuk didengar?Dibaca?Atau hanya sebagai subjek untuk lulus SPM?


Cuba tanyakan kepada para pemimpin yang buta sejarah.Atau para 'sejarahwan' kita yang pemalas dan menganggap bidang sejarah ini hanya sebagai periuk nasi mereka,bukan tanggungjawab kepada bangsa.Saya akan memberitahu kesan buruk penyakit buta sejarah dari seorang pelajar sekolah sehinggalah kepada satu bangsa.Seorang pelajar sekolah yang buta sejarah akan menghadapi kegagalan dalam subjek sejarah.Jika dia gagal dalam subjek itu,keputusan peperiksaannya akan cacat walaupun dia mendapat semua A dalam subjek lain.Namun siapa yang kisah?Kerana dia pun boleh ke universiti jika gagal dalam subjek sejarah.Seorang sejarahwan yang buta sejarah (ini agak mustahil tapi benar) akan membuat kesimpulan yang salah dalam jurnalnya kerana malas membuat kajian sendiri atau setidak-tidaknya berusaha membuat 'cross-reference' dengan para sarjana lain.Dia akan mengikut sahaja sejarah kontemporari yang ditulis oleh penjajah.Dia hanya terperuk sahaja dalam pejabat dan jika mengajar,akan mengajarkan silibus sejarah versi penjajah,meneruskan program mengkerdilkan jiwa dan jatidiri bangsanya.Tapi siapa yang kisah,jika mengajar bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan atau orang gua sekalipun,duit gaji tetap masuk tiap-tiap bulan.


Seorang pemimpin yang buta sejarah lagi dasyat.Dia akan meneruskan polisi membutakan sejarah bangsanya,jika tidak sebab dirinya yang buta sejarah,mungkn sengaja membutakan matanya sendiri demi mencapai agenda politik sempitnya.Mungkin tapak-tapak bersejarah diarahkan untuk dimusnahkan atas nama pembangunan,atau dibiarkan bersemak-samun tanpa berjaga.Inilah yang berlaku kepada para pemimpin kita tidak terkecuali kaum kerabat raja-raja Melayu.Ini berlainan pula dengan orang luar,misalnya raja Kemboja Norodom Sihamoni misalnya,adalah seorang yang amat mencintai hasil budaya dan seni Kemboja.Kerajaan Kemboja pula sanggup berusaha bermati-matian mempertahankan tapak bersejarah Preah Vihear dari dikebas oleh Thailand.Kerana apa tuan-tuan?Kerana sejarah itu amat penting bagi mereka.Kerana suatu hari nanti mereka tidaklah sedungu sesetengah orang Melayu di Malaysia yang percaya bangsanya adalah hamba sahaya raja Siam Ayutia.Dan percaya bahawa nama bangsanya adalah ciptaan penjajah!


Satu bangsa yang buta sejarah akan ditipu hidup-hidup oleh orang lain.Akhirnya sesuatu bangsa itu akan hilang jatidiri dan tidak mustahil tanahair,apabila tempat tinggalnya didakwa milik orang lain lain dahulu.Kaji tuntutan Filipina ke atas Sabah.Kaji tuntutan Kepulauan Spratly.Kaji kekalahan Malaysia dalam isu Pulau Batu Putih.Kaji Singapura yang sengaja terlepas dari tangan kita.Kaji status Hong Kong setelah tamat penjanjian koloni British.Kaji status Macau setelah tahun 1999 dengan Portugis.Lihat,tanah dan negeri boleh bertukar tangan atas sebab-sebab sejarah,bukan penguasaan ekonomi atau politik. 

ANDA NAMPAK RAHSIA INI?




Namun siapa yang peduli?Biar bangsa tergadai asal perut sendiri kenyang.

No comments:

Post a Comment