Thursday, 21 July 2011

Misteri Kota Raya Metropolitan Purba : Atlantis Dan Lemuria.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta
 http://sangtawal.blogspot.com/

[kota+atlantis.jpg]
Kisah tentang satu kota-raya lagenda yang mempunyai peradaban moden dan canggih puluhan ribuan tahun sebelum masihi dahulu masih menjadi misteri hingga kini yang disebut kota Atlantis.Para peminat Kota Atlantis dan Kota Lemuria masih tidak berputus asa menjejak kota misteri yang dikatakan masih wujud setelah Kotaraya kosmopolitan itu tenggelam kedasar lautan ribuan tahun lampau.

Dimanakah lokasi sebenar Atlantis itu berada? Banyak spekulasi dan teori yang kita boleh temui mengenai dimanakah lokasi sebenarnya.Ada yang mengatakan bahwa Atlantis berada di bawah ais Antartika, di Segitiga Bermuda, di Laut Karibia, di kepulauan Cyprus,ada juga yang mengatakan kalau Atlantis adalah Celtic Shelfs itu sendiri yang ada di Samudera Atlantik, dan ada juga yang berkesimpulan bahwa Atlantis itu adalah kepulauan Indonesia.

Allah SWT telah memberitakan di dalam Al-Quran, Surah Al-mukmin,ayat ke 21 bermaksud:

“Tidakkah mereka menjelajah di bumi, lalu mereka memperhatikan bagaimana akibat orang-orang yang ada sebelum mereka, yang kekuatannya lebih hebat dari mereka, yang mendirikan benteng-benteng di atas bumi, kemudian Allah membinasakan orang-orang itu kerana dosa-dosanya” (40:21).

Kita juga tidak boleh terlepas pandang kemungkinan ada hubungan antara peradaban Kota itu dengan kisah banjir besar yang pernah berlaku dalam sejarah kehidupan manusia seperti yang diterangkan dalam sejarah dan kitab-kitab lama berhubungan dengan banjir dahsyat yang terjadi waktu itu menyebutkan:

“Banjir meluap dan menggenang selama 40 malam, air pasang menuju atas, perahu mengambang dari atas permukaan bumi”. “Arus air meluap dahsyat di atas permukaan bumi, seluruh pegunungan tergenang oleh air pasang”. “5 bulan kemudian, perahu berhenti di atas Gunung Ararat; dan setelah 4 bulan berlalu, ketika daratan sudah kering, Nabi Nuh pun meninggalkan perahunya.”


Waktu itu banjir dahsyat sekaligus disertai dengan perubahan daratan dan secara total menghancurkan seluruh peradaban manusia di muka bumi, hanya sebahagian kecil manusia yang dapat menyelamatkan hidupnya. Sejumlah besar bekas peninggalan prasejarah yang belakangan ini ditemui arkeologist, seperti daratan Atlantis, budaya Yunani, bangunan di dasar laut dan sebagainya berkemungkinan besar tenggelam kerana banjir dahsyat waktu itu. Ada yang menganggarkan banjir dahsyat itu berlaku sekitar 5,000 tahun yang lalu, mengikuti perkiraan ahli astronomi, perahu Nabi Nuh mulai dibuat pada 2465 SM dan hujan mulai turun pada 2345 SM.

Setelah perahu Nabi Nuh mendarat di gunung Ararat, maka bermula lah kehidupan baru manusia. Mereka yang terselamat mulai tersebar. Begitu juga binatang-binatang. Biji-biji tanaman kembali disemaikan.Oleh Kerana dianggap melahirkan generasi baru manusia setelah Nabi Adam, Nabi Nuh mendapat gelar The Second Father of Human Being –Bapak Manusia Kedua.Dari generasi inilah, kebudayaan dan peradaban manusia dikembangkan semula. Selain di kawasan Ararat, juga di Mesopotamia yang ribuan tahun kemudian menjadi pusat kejayaan Babilon.

Sebelum membaca artikel-artikel pilihan di bawah,anda semua boleh mendapat gambaran dan sedikit maklumat berkaitan kota misteri itu melalui youtube dibawah….tetapi harus diingat…ini versi barat,bukan versi kita!!!...apapun…kita boleh membuat perbandingan semula nanti…sila lihat siri pencarian mereka terhadap kota misteri itu!

Tuesday, 19 July 2011

PENYAKIT BUTA SEJARAH

 
nota: ini adalah latihan membuat blog semata-mata.
Rujukan: mistisfile


INI SATU LAGI PENYAKIT KRONIK ORANG MELAYU SEKARANG.....



PENYAKIT BUTA SEJARAH

Apakah kepentingan sejarah?Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan dan puan-puan semua.Apakah kepentingan sejarah kepada manusia khasnya kepada bangsa?Adakah sejarah hanya sebagai cerita-ceriti sahaja untuk didengar?Dibaca?Atau hanya sebagai subjek untuk lulus SPM?


Cuba tanyakan kepada para pemimpin yang buta sejarah.Atau para 'sejarahwan' kita yang pemalas dan menganggap bidang sejarah ini hanya sebagai periuk nasi mereka,bukan tanggungjawab kepada bangsa.Saya akan memberitahu kesan buruk penyakit buta sejarah dari seorang pelajar sekolah sehinggalah kepada satu bangsa.Seorang pelajar sekolah yang buta sejarah akan menghadapi kegagalan dalam subjek sejarah.Jika dia gagal dalam subjek itu,keputusan peperiksaannya akan cacat walaupun dia mendapat semua A dalam subjek lain.Namun siapa yang kisah?Kerana dia pun boleh ke universiti jika gagal dalam subjek sejarah.Seorang sejarahwan yang buta sejarah (ini agak mustahil tapi benar) akan membuat kesimpulan yang salah dalam jurnalnya kerana malas membuat kajian sendiri atau setidak-tidaknya berusaha membuat 'cross-reference' dengan para sarjana lain.Dia akan mengikut sahaja sejarah kontemporari yang ditulis oleh penjajah.Dia hanya terperuk sahaja dalam pejabat dan jika mengajar,akan mengajarkan silibus sejarah versi penjajah,meneruskan program mengkerdilkan jiwa dan jatidiri bangsanya.Tapi siapa yang kisah,jika mengajar bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan atau orang gua sekalipun,duit gaji tetap masuk tiap-tiap bulan.


Seorang pemimpin yang buta sejarah lagi dasyat.Dia akan meneruskan polisi membutakan sejarah bangsanya,jika tidak sebab dirinya yang buta sejarah,mungkn sengaja membutakan matanya sendiri demi mencapai agenda politik sempitnya.Mungkin tapak-tapak bersejarah diarahkan untuk dimusnahkan atas nama pembangunan,atau dibiarkan bersemak-samun tanpa berjaga.Inilah yang berlaku kepada para pemimpin kita tidak terkecuali kaum kerabat raja-raja Melayu.Ini berlainan pula dengan orang luar,misalnya raja Kemboja Norodom Sihamoni misalnya,adalah seorang yang amat mencintai hasil budaya dan seni Kemboja.Kerajaan Kemboja pula sanggup berusaha bermati-matian mempertahankan tapak bersejarah Preah Vihear dari dikebas oleh Thailand.Kerana apa tuan-tuan?Kerana sejarah itu amat penting bagi mereka.Kerana suatu hari nanti mereka tidaklah sedungu sesetengah orang Melayu di Malaysia yang percaya bangsanya adalah hamba sahaya raja Siam Ayutia.Dan percaya bahawa nama bangsanya adalah ciptaan penjajah!


Satu bangsa yang buta sejarah akan ditipu hidup-hidup oleh orang lain.Akhirnya sesuatu bangsa itu akan hilang jatidiri dan tidak mustahil tanahair,apabila tempat tinggalnya didakwa milik orang lain lain dahulu.Kaji tuntutan Filipina ke atas Sabah.Kaji tuntutan Kepulauan Spratly.Kaji kekalahan Malaysia dalam isu Pulau Batu Putih.Kaji Singapura yang sengaja terlepas dari tangan kita.Kaji status Hong Kong setelah tamat penjanjian koloni British.Kaji status Macau setelah tahun 1999 dengan Portugis.Lihat,tanah dan negeri boleh bertukar tangan atas sebab-sebab sejarah,bukan penguasaan ekonomi atau politik. 

ANDA NAMPAK RAHSIA INI?




Namun siapa yang peduli?Biar bangsa tergadai asal perut sendiri kenyang.